Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.
Disebabkan terlalu ramai yang menghantar email kepada saya dan berminat untuk menyambung belajar tetapi mempunyai banyak masalah yang menjadi halangan untuk menyambung pelajaran diperingkat tertinggi, dengan rela hati ini saya ingin menolong anda sedaya upaya. Email kepada saya atau isi borang pertanyaan.
Berbalik kepada Topik diatas, MASALAH MENJADI HALANGAN. Tahukah anda bahawa MASALAH UNTUK MENYAMBUNG BELAJAR ADALAH BEBAN sekiranya kita tidak menyelesaikan dengan cara yang BETUL. MASALAH akan menjadi sesuatu yang mudah sekiranya kita bertanya dan berusaha mencari jalan penyelesaian. Keinginan bersama usaha akan mendapat keredhaan dariNya.
Saya menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan bukanlah menulis tanpa pengalaman sebenar.
Disini saya ingin berkongsi masalah saya sebelum saya menyambung belajar di KPTMKL. Saya mmebuat saya azam yang tekad dimana ingin menyambung belajar menggunakan sumber kewangan sendiri. Wang yang saya laburkan untuk belajar adalah risiko yang terpaksa saya tanggung sekiranya GAGAL menamatkan pengajian dihari depan.
Ramai yang tidak tahu, saya juga mempunyai pelbagai masalah sebelum menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi. Alhamdullilah, setelah setahun bertanya dan mencari jalan penyelesaian akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di KPTM KL dengan menggunakan duit poket sendiri 100%.
Bayangkan tempoh setahun saya mengkaji dan menbaca sumber ilmu dari pelbagai sumber. Internet adalah sumber utama, bahan penulisan rakan-rakan alam maya menjadi inspirasi dimana mereka yang menulis berkongsi tentang kehidupan mereka dalam bergelar seorang pelajar. Liku-liku perjalanan mereka menjadikan saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Indahnya alam pembelajaran dimana kita sentiasa mencari jalan untuk kehadapan.
Selain internet saya juga bertanya ahli akademik seperti pensyarah di UKM yang sedang menyambung pembelajaran di universiti tempatan. Semangat yang mereka berikan menjadikan saya tidak berpatah balik untuk menyambung belajar.
Saya umpama seorang pelabur yang kerdil dengan sejumlah wang mengkaji pasaran untuk bertahan. Mengkaji formula untuk bertahan dan mengekalkan simpanan saya agar duit tersebut mendapat pulangan balik. Ya, itulah azam saya, maksud saya setelah tamat belajar, saya mendapat 2 benda, satunya ialah pelaburan saya dan segulung transkip.
Berbalik kepada azam saya dengan melaburkan duit dan harapan duit tidak hancur. Saya mengkaji dan akhirnya PINJAMAN MARA adalah jawapan. Biar saya simpan kenapa MARA adalah pelaburan terbaik untuk entry akan datang. Sambung cerita dibawah.
Setelah yakin dengan keputusan, saya umpama orang mengantuk diberikan bantal. Semasa bekerja di mall kawasan Shah Alam, Bahagian pemasaran KPTM Malaysia membuka 'booth' dan saya memberanikan diri bertanyakan tentang kursus yang ditawarkan,
Amhaldullilah.. Saya mendapat segala maklumat yang saya perlukan daripada meraka dan akhirnya saya mendaftar. Untuk maklumkan anda pembaca blog ini, tujuan blog ini ditubuhkan adalah berkongsi maklumat yang diperlukan sebelum menyambung belajar. Mungkin waktu saya mencari maklumat untuk sambung belajar, tidak ada blog yang menceritakan tentang pinjaman mara. Mungkin ada blog tetapi mungkin saya terlepas pandang maka saya tidak nyakin untuk menyambung belajar.
Ini adalah disebabkan kebimbangan sekiranya wang simpanan saya tidak mampu untuk 'menyara' saya sampai mendapat pinjaman MARA .
Setelah mendaftar dan belajar di KPTM, maka kehidupan saya sudah berubah dimana saya bergelar seorang pelajar. Semasa semester satu, saya memohon PIMJAMAN MARA, alhamdullilah saya terpilih.
Sebenarnya tidak susah untuk memohon pinjaman MARA. Tidak ada istilah Cable atau Orang Tengah. Cukup syarat dan dokumen diperlukan bersama makan permohonan anda diproses.
Selesai semester 1, saya mendapat panggilan dari MARA bahawa saya perlu mengambil cek di pejabat MARA, Kebanyakkan pelajar mengambil di pejabat HEP - Hal Ehwal Pelajar.
Saya memohon MARA semasa semester 1 maka dengan itu cek MARA yang saya terima adalah elaun wang sara diri untuk semester 1 ( 6 bulan )
Bayangkan saya menggunakan wang simpanan saya untuk segala perbelanjaan semester 1 dan saya mendapat cek MARA semester 1 adalah gantian kepada wang simpanan saya. Saya menyimpan duit saya gunakan untuk semester 1 dan untuk gunaan semester 2, pihak MARA akan memasukkan kedalam akaun anda pada bulan ke 7. Kenapa bulan ke 7?
( cek yang saya terima untuk bayaran bulan 1 sehingga 6 ). Jadi setiap bulan kita akan mendapat wang saku MARA tepat waktunya dan bulan seterusnya. Seronok bukan?
Pendek cerita, selepas mendapat cek pertama, saya tidak langsung mempunyai masalah kewangan sepanjang 3 tahun belajar. Bayaran wang saku bulanan adalah tepat mengikut jadual pembayaran.
Apa yang saya tak tahu diawal pendaftaran sebelum memasuki semester 1, MARA menyediakan PINJAMAN PENDAHULUAN PELAJARAN sebanyak RM1200-RM1500. Pembayaran balik akan ditolak daripada elaun bulanan anda. Senang bukan? Tiada lagi alasan. - bergantung kepada syarat pinjaman semasa MARA.
Panjang lebar saya bercerita,
Jom berkongsi apa masalah anda untuk sambung belajar. Just email saya midimohd@gmail.com atau isi form dan submit direct kepada saya. Tidak kira apa masalah, saya cuma membantu. Saya seperti anda juga. Ingin belajar dan berjaya. Jom!
Sekali lagi - Masalah tidak akan selesai sekiranya tidak diluahkan dan dikongsikan. Selamat berpuasa. Assalamualaikum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan