adgroup

Khamis, Julai 04, 2013

INGIN SAMBUNG BELAJAR TAPI MASALAH KEWANGAN?

Salam. 
Saya ingin berkongsi satu kelebihan belajar di kptm seluruh Malaysia. Sebilangan kita mungkin tahu dan ada yang tidak mengetahui akan kelebihan yang terdapat di sana. 

Bagi anda atau sesiapa yang mempunyai masalah kewangan atau tidak mampu untuk membayar yuran pengajian mahupun wang saku bulanan, pinjaman mara adalah langkah yang membantu. 

Pengalaman saya belajar dengan bantuan mara, alhamdullilah. Setelah saya layak memohon ( syarat memohon pinjaman dari segi ekademik dan segala aspek) mara adalah satu anugerah kerana Yuran setiap semester, wang saku bulanan sepanjang belajar, wang peralatan dan buku teks disediakan. 

Sekiranya keinginan anda untuk belajar, tidak perlu melepaskan peluang belajar yang mampu mengubah kehidupan anda. 

Masalah kewangan dapat diatasi beban ibubapa dapat dikurangkan.  Anda tertakluk kepada syarat semasa mara. Sekiranya ingin terus mendapat bantuan pinjaman mara, dalam tempoh pengajian anda haruslah menjaga prestasi akademik dan tingkah laku selaku pelajar bagi mengelakkan pinjaman anda digantung. 


Akhir kata, tepuk dada tanya selera. Peluang sudah luas dimata anda dan cuma memilih samada ingin berjaya atau tidak. Kalau dulu masalah kewangan adalah punca penghalang anda tidak mampu menyambung pelajaran, kini anda sudah tahu akan rahsia untuk belajar tanpa memikirkan maslah kewangan. Ingat orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan dan orang yang gagal sentiasa mencari alasan. 

Sekiranya anda ingin mendaftar belajar di kptm dan urusan mara, tidak segan untuk bertanya. Saya adalah peminjam pinjaman mara yang sedang belajar dikptm kl. cuma ingin membantu dengan berkongdi maklumat kptm dan mara.  Email saya midimohd@gmail.com . Assalamualaikum. 


Jom belajar. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualikum bro, sy ada bca blog bro,,, sy ada masalah kewangn, sy mahasiswa di kolej teknologi darulnaim course diploma sains komputer under UTM pinjaman MARA, sy sdh 4 sem, skrg sdh 2 sem tgguh sbb mslh mara dtangguh, pointer down, sy bkerja sdh stahun utk mngumpul duit, tpi xckup2,mlh xsempat utk kmpul... klw bro ada cra bernas, mhon sgt kongsi, 22.6 nnti sy da kna dftar sem baru,, klw xblh jgk sy nk tgguh lg 1 sem,,, xblh jgk brhnti adlh ,,pnyelesaiannya

Unknown berkata...

Wasalam

@ ari wibowo : saya sudah menjawab pertanyaan awak melalui email yang awak hantar kepada saya